Cari:
Malaysia Tahan 75 Suspek Terlibat IS
2015-04-01 14:55:23 CRI Cetak

Setakat ini, seramai 75 orang yang disyaki terlibat aktiviti kumpulan militan Negara Islam(IS) telah ditahan di Malaysia termasuk dua lelaki warga Iraq yang baru ditahan minggu lalu. Demikian dimaklumkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Malaysia, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay.

Datuk Ayub menyeru rakyat Malaysia agar membekalkan lebih banyak maklumat bagi membantu pihak polis menangkap kumpulan pengganas yang menyembunyikan diri di negara itu. Serentak dengan itu, pihak polis juga akan meningkatkan kerjasama dengan Jabatan Agama Islam dan Jabatan Imigrasen untuk membanteras kumpulan pengganas tersebut.

Menurut Datuk Ayub, walaupun pengganas di Malaysia masih pada fasa merekrut anggota baharu, namun tidak boleh mengetepikan kemungkinan berlakunya serangan keganasan yang dilancarkan oleh mereka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China