Cari:
Pemansuhan Perintah Berkurung Thai Diperakukan
2015-04-02 11:04:51 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Maharaja Thailand, Bhumibol Adulyadej telah memperkenankan akta perintah berkurung dan darurat di seluruh negara itu dibubarkan. Demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Thailand yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Keamanan dan Ketenteraman Thailand (NCPO), Prayuth Chan-ocha dalam ucapannya melalui televisyen malam semalam.

Prayuth berkata, selepas perintah berkurung itu dimansuhkan, Pengerusi NCPO akan menggunakan kuasa yang diberikan dalam fasal ke-44 perlembagaan sementara. Menurut fasal itu, Pengerusi NCPO juga mempunyai kuasa untuk menghalang dan membanteras sebarang kegiatan yang mengancam ketenteraman awam dan negara.

Media Thailand melaporkan bahawa fasal ke-44 itu tidak membuat peraturan yang jelas mengenai had kuasa kehakiman mahkamah ketenteraan dan mahkmah sivil.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China