Cari:
Anggota Parlimen ASEAN Main Peranan Penting Bagi Komuniti ASEAN Pasca 2015
2015-04-02 13:36:44 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Anggota Parlimen mempunyai peranan penting bagi mencapai matlamat pembangunan lestari kerana merekalah yang akan menjadikan matlamat ini sebagai undang-undang, peraturan, rancangan dan strategi negara serta menyelia proses pelaksanaannya. Demikian dinyatakan Setiausaha Agung ASEAN, Le Luong Minh.

Beliau berkata, bagi membantu ASEAN mempercepat proses integrasi dan meningkatkan kemampuannya dalam melestarikan proses berkenaan, anggota parlimen bukan sahaja perlu menyampaikan wawasan ASEAN kepada rakyat, tetapi juga memudahkan urusan awal pengesahan, penguatkuasaan dan pelaksanaan perjanjian, di samping membantu mewujudkan keharmonian antara undang-undang dengan dasar.

Dalam Komuniti ASEAN yang berpaksikan rakyat pada era pasca 2015, anggota parlimen ASEAN akan mempunyai peranan lebih besar. Le berkata demikian pada Perhimpunan Kesatuan Antara Parlimen (IPU) ke-132 yang bermula 28 Mac dan berakhir pada 1 April lalu.

Perhimpunan kali ini bertemakan "Matlamat Pembangunan Lestari: Mengubah Perkataan Menjadi Tindakan."

Beliau berkata, seperti rantau lain di dunia, di samping kaya dengan sumber asli dan manusia, ASEAN berdepan dengan cabaran besar untuk memelihara keseimbangan antara kelestarian alam sekitar dengan pembangunan ekonomi.

Kini, IPU dianggotai 166 parlimen dan 10 anggota bersekutu.

(sumber dari BERNAMA)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China