Cari:
Ahli Parlimen Myanmar Puji Gagasan "Satu Jalur Satu Laluan" China
2015-04-02 13:38:18 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Gagasan Jalur Ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21(Satu Jalur Satu Laluan) inisiatif China merupakan langkah baik yang membolehkan hasil pembangunan China dapat dinikmati oleh negara-negara jiran, sekali gus memacu perkembangan negara-negara di sepanjang laluan sutera. Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Persekutuan Myanmar yang juga Pengerusi Parti Kebangsaan Arakan (ANP), Aye Maung, yang bakal membuat lawatan ke China.

Aye Maung berkata, beliau yakin gagasan Satu Jalur Satu Laluan China dapat mencapai kejayaan. Pembinaan Koridor Ekonomi Bangladesh, China, India dan Myanmar sangat bermakna bagi memperkasakan pertukaran ekonomi keempat-empat negara, pembangunan kawasan sempadan, khususnya kawasan entik minoriti. Selain itu, beliau juga optimistik terhadap Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) yang juga merupakan inisiatif China. AIIB bukan sahaja dapat menggalakkan pembinaan infrastruktur serantau, malahan memanfaatkan perkembangan dan kestabilan rantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China