Cari:
GST Dilaksanakan di Malaysia
2015-04-02 13:41:24 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib meninjau harga barang dan membeli beberapa barangan keperluan pada hari pertama pelaksanaan GST di Pasar Raya Giant Kota Damansara, Petaling Jaya, semalam. – BERNAMA

Kerajaan Malaysia mulai melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada kadar 6% semalam. Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa mesti ada beberapa masalah dalam fasa permulaan pelaksanaan GST. Beliau berharap agar rakyat jangan panik, sebaliknya mengemukakan masalah yang dihadapi kepada jabatan kerajaan dengan segera, pegawai yang dipertanggungjawabkan akan memberikan bantuan kepada para pengguna.

Muhyiddin berkata, walaupun kerajaan telah membuat penjelasan mengenai GST selama hampir dua tahun, namun GST merupakan urusan cukai yang baharu. Oleh itu, kemunculan pelbagai masalah semasa proses pelaksanaannya memang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, GST diyakini dapat dilaksanakan di landasan yang betul pada masa depan.

Pakar berpendapat, GST bukan sahaja mempengaruhi model penggunaan penduduk tempatan, meningkatkan hasil fiskal kerajaan, malah juga akan menjadi komponen yang amat diperlukan dalam kehidupan rakyat Malaysia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China