Cari:
Myanmar Minta Maaf terhadap Kematian Mangsa Sempadan China
2015-04-02 15:25:59 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Utusan Khas Presiden Myanmar yang juga Menteri Luar, U Wunna Maung Lwin menyatakan bahawa beliau mewakili kerajaan dan angkatan tentera negaranya meminta maaf serta merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada semua mangsa sempadan China yang terkorban dan cedera dalam kejadian pengeboman jet pejuang Myanmar pada 13 Mac lalu.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar China, Wang Yi, di Beijing hari ini.

U Wunna Maung Lwin berkata, negaranya bersedia untuk mengekalkan komunikasi dengan China mengenai pampasan dan membuat persediaan yang sewajarnya, sekali gus mengelakkan kejadian sebegitu daripada berulang.

Wang Yi berkata, Myanmar diharap dapat mengenakan tindakan yang sewajarnya berhubung dengan kejadian tersebut demi menjaga kestabilan di kawasan sempadan dan hubungan antara kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China