Cari:
Pentingnya Kerjasama Kereta Api Berkelajuan Tinggi China-Thailand
2015-04-02 14:40:27 CRI Cetak

China mempunyai teknologi kereta api berkelajuan tinggi yang canggih, maka kerjasama China-Thailand dalam teknologi tersebut sangat bererti bagi mewujudkan kesalinghubungan dan perhubungan ekonomi antara kedua-dua negara serta China dengan ASEAN. Demikian dinyatakan Naib Gabenor provinsi Mukdahan Thailand, Thawachai di bandar Chongzuo, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi semalam.

Thawachai menyatakan bahawa kerjasama China-Thailand dalam bidang kereta api berkelajuan tinggi akan memanfaatkan penduduk Thailand dengan menyediakan kemudahan pengangkutan. Beliau menegaskan pembangunan Jalur Ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 (OBAOR) akan banyak menggalakkan kerjasama ekonomi Asia dan mendatangkan keuntungan kepada negara berkenaan. Thailand akan menyertai pembangunan tersebut dengan lebih aktif.

Pada 28 Mac lalu, Menteri Luar China, Wang Yi, dalam Forum Asia Boao mendedahkan bahawa China dan Thailand telah menandatangani perjanjian kerjasama kereta api berkelajuan tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China