Cari:
Myanmar Diharap Elakkan Berlaku Kejadian Kemalangan Jiwa Warga China
2015-04-03 11:14:24 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Myanmar diharap dapat segera mengambil langkah untuk mengelakkan kejadian kemalangan jiwa dan kecederaan warga China daripada berulang bagi menggalakkan hubungan China dan Myanmar berkembang secara berterusan dan stabil.

Demikian dinyatakan Naib Presiden China, Li Yuanchao ketika mengadakan pertemuan dengan Utusan Khas Presiden Myanmar yang juga Menteri Luar, U Wunna Maung Lwin di Beijing semalam.

Li Yuanchao menyatakan bahawa China mengiktiraf permohonan maaf dan ucapan takziah Myanmar terhadap mangsa-mangsa China yang terkorban dalam kejadian pengeboman jet pejuang Myanmar di kawasan sempadan China pada Mac lalu.

U Wunna Maung Lwin berkata, Myanmar bersedia untuk menguruskan segala hal yang berkaitan dengan kejadian tersebut dengan sempurna. Negaranya menghargai hubungan kedua-dua negara dan berhasrat untuk memajukan hubungan bilateral ke arah yang lebih baik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China