Cari:
Vietnam, Singapura Mantapkan Kerjasama Bilateral dan Multilateral
2015-04-03 13:49:47 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Vietnam dan Singapura akan terus merapatkan kerjasama bilateral dan multilateral.

Demikian persetujuan dalam pertemuan antara Pengerusi Perhimpunan Nasional Vietnam, Nguyen Sinh Hung, dengan Speaker Parlimen Singapura, Halimah Yacob yang memulakan lawatan rasminya ke Vietnam atas undangan Nguyen Sinh Hung pada 2 April lalu.

Dalam pertemuan tersebut, Nguyen Sinh Hung berkata, Vietnam sentiasa bersedia untuk memberikan segala kemudahan kepada para pelabur Singapura dan berharap agar dapat terus memantapkan kerjasama dengan Singapura dalam sektor ekonomi, perdagangan, pendidikan, pelancongan dan penyelidikan sains. Halimah berkata, perkongsian strategik merupakan asas kerjasama dalam pelbagai sektor. Vietnam diyakini dapat menarik kedatangan lebih banyak pelabur Singapura berikutan dasar terbuka dan suasana pelaburan yang cukup menarik.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk terus mengekalkan lawatan pertukaran delegasi pelbagai peringkat antara satu sama lain, dan juga memperkasakan pertukaran maklumat, pengalaman dan pandangan mengenai isu-isu antarabangsa dan serantau yang menjadi tumpuan bersama, khususnya sektor perundangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China