Cari:
Indonesia Rancang Pinda Akta Antikeganasan
2015-04-03 13:52:07 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Menurut akhbar The Jakarta Post Indonesia, Menteri Koordinasi Politik, Undang-Undang dan Hal Ehwal Keselamatan Indonesia, Tedjo Edhy Purdijatno dan Menteri Dalam Negeri, Tjahjo Kumolo mengemukakan cadangan secara rasmi untuk meminda akta antikeganasan negaranya pada mesyuarat sulit dengan Parlimen Indonesia pada 1 April lalu.

Tedjo mendedahkan bahawa pindaan akta akan melibatkan bidang-bidang yang tidak dinyatakan dalam akta antikeganasan yang sedia ada, dan akan membantu membanteras pelbagai jenis fahaman radikal. Pindaan itu akan menjatuhkan hukuman yang berat kepada penjenayah yang melanggar akta antikeganasan. Kedua-dua pihak masih belum membincangkannya secara terperinci, namun menyatakan bahawa pindaan undang-undang tersebut mesti dilakukan dengan segera.

Tjahjo berkata, Indonesia amat bimbang dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) yang semakin berkembang pada ketika ini. Negaranya mesti menggubal satu sistem kehakiman yang sempurna untuk mencegah penyebaran IS di Indonesia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China