Cari:
Delegasi Tentera Myanmar ke China Selesaikan Kejadian "13 Mac"
2015-04-03 15:03:51 CRI Cetak

Ketua Turus Agung Tentera Pembebasan Rakyat(PLA) China, Fang Fenghui telah menemui Ketua Pengarah Biro Pertempuran Kedua Markas tentera pertahanan Myanmar, Leftenan Jeneral Aung Than Htut di Beijing semalam.

Dalam pertemuan tersebut, Fang Fenghui menyatakan bahawa Leftenan Jeneral Aung Than Htut, khusus dihantar oleh Panglima Min Aung Hlaing ke China untuk meminta maaf atas kejadian "13 Mac" bagi menggambarkan pentingnya hubungan kedua-dua negara serta keikhlasan Myanmar dalam menangani dan menyelesaikan kejadian tersebut. Pada bulan Mac lalu, artileri dan bom yang dilancarkan tentera Myanmar telah memasuki wilayah China, mengakibatkan banyak kematian dan kecederaan. China berharap agar pihak Myanmar benar-benar menangani kejadian tersebut dengan baik, memantau dan mengawal tindakan ketenteraan di kawasan sempadan dengan ketat agar hubungan tentera kedua-dua negara dapat terus berkembang.

Leftenan Jeneral Aung Than Htut telah menyerahkan surat Panglima Min Aung Hlaing kepada Fang Fenghui yang mewakili tentara Myanmar meminta maaf kepada China, menyampaikan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan individu yang cedera serta berjanji akan menjatuhkan hukuman kepada pihak yang terlibat dan akan berusaha mengelakkan kejadian seumpama itu daripada berulang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China