Cari:
PM Thai Pertahan Undang-undang Baharu
2015-04-04 15:51:56 CRI Cetak

Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-ocha mempertahankan tindakan kerajaan junta menguatkuasakan undang-undang keselamatan kelmarin, selepas membubarkan undang-undang tentera.

Prayuth turut memberi amaran beliau tidak akan bertolak-ansur dengan kritikan terhadap tentera yang mengekalkan kuasa pentadbiran di bawah pendekatan baharu tersebut.

Beliau berkata, media asing salah faham tentang pelaksanaan pendekatan keselamatan tersebut. Katanya, jika ada sesiapa menyatakan apa-apa yang boleh merosakkan Tentera Diraja Thai atau kepada negara ini, beliau tidak akan membiarkannya.

Kerajaan junta Thailand membubarkan undang-undang tentera dan menggantikannya dengan undang-undang keselamatan selaras dengan Seksyen 44 Perlembagaan sementara.

Pendekatan tersebut terus mengharamkan perhimpunan politik dan membenarkan pihak berkuasa mengenakan sekatan ke atas media.

(sumber Utusan Online Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China