Cari:
Lin Dan Hanya Selangkah untuk Gelaran Sulung Terbuka Malaysia
2015-04-05 16:05:07 CRI Cetak

Jaguh dunia lima kali, bintang China Lin Dan hanya selangkah lagi untuk meraih gelaran sulung Terbuka Malaysia 2015 apabila mengesahkan slot final selepas saingan separuh akhir di Stadium Putra, Bukit Jalil Malaysia semalam.

Bagaimanapun, Lin tidak mendapat laluan mudah apabila berhempas pulas selama 79 minit untuk menjinakkan pemain nombor dua dunia, Jan O Jorgensen dari Denmark dalam rubber-set 14-21, 21-19 dan 21-17.

Walaupun mengumpul gelaran Sukan Olimpik, Piala Thomas dan Kejohanan Dunia, namun Lin Dan tidak pernah merasai gelaran Terbuka Malaysia.

Lin Dan akan berdepan dengan rakan senegara dan juga pemain nombor satu dunia, Chen Long pada final bermula tengah hari ini.

(sumber BERNAMA)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China