Cari:
Liow:Tiada Panggilan Kecemasan daripada Helikopter
2015-04-06 14:36:20 CRI Cetak

Helikopter yang terhempas di Semenyih 4 April lalu tidak membuat sebarang panggilan kecemasan, dan ia mematuhi laluan penerbangan yang diluluskan.

Demikian dinyatakan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada sidang media selepas kotak hitam helikopter malang itu diserahkan kepada Kementerian Pengangkutan semalam.

Liow berkata, Kawalan Trafik Udara (ATC) tidak merekod sebarang perbualan dengan juruterbang helikopter itu dan ia adalah normal. Pihaknya juga memeriksa sama ada terdapat panggilan "Mayday" atau panggilan kecemasan tetapi tidak menemui sebarang panggilan.

Beliau juga menambah, juruterbang helikopter itu, Clifford William Fournier Jr., mempunyai lesen sah bagi pemanduan pesawat jenis itu sejak tahun 2012.

Difahamkan kotak hitam pesawat berkenaan yang dibawa keluar dari lokasi nahas akan dihantar ke Biro Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) di Farnborough, United Kingdom untuk analisis secara terperinci bagi mengenal pasti punca tragedi.

(sumber BERNAMA)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China