Cari:
Identiti Mangsa Nahas Helikopter Malaysia Disahkan
2015-04-06 14:38:35 CRI Cetak

Malaysia semalam mengesahkan identiti enam mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih 4 April lalu, antaranya termasuk Allahyarham Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis, iaitu ahli Parlimen Rompin yang juga bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan Datuk Seri Azlin Alias, iaitu Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib dalam laman sosial Facebook awal pagi semalam menyatakan, beliau sendiri kehilangan saha­bat yang banyak berjasa. Tan Sri Jamaludin Jarjis adalah kawan sejak dahulu lagi dan merupakan rakan seperjuangannya malah dalam dunia politik, manakala Datuk Seri Azlin Alias adalah pena­sihat khas kepadanya dan beliau menganggap ketiadaan itu merupakan satu kehilangan dalam parti selain kehilangan yang amat besar pada dirinya sendiri.

PM menganggap, negara kehi­langan dua individu yang begitu banyak memberi sumbangan besar kepada kerajaan, UMNO serta tanah air.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China