Cari:
Tiada Gelaran Juara Buat Lin Dan, Chen Long Cipta Sejarah
2015-04-06 14:42:49 CRI Cetak

Hasrat juara Olimpik dua kali, Lin Dan dari China untuk meraih kejuaraan sulung Kejohanan Siri Super Premier Terbuka Malaysia tidak kesampaian apabila disekat rakan senegara Chen Long pada perlawanan akhir di Stadium Putra, Bukit Jalil Malaysia semalam.

Pemain berusia 31 tahun itu bermula cemerlang pada set pertama apabila mengatasi Chen Long yang juga pemain nombor satu dunia, dengan 22-20 sebelum tewas dua set seterusnya 13-21 dan 11-21 dalam perlawanan yang berlangsung satu jam 18 minit.

Lin berkata, kekalahan ini disebabkan corak permainannya yang perlahan dan tidak yakin sehingga membolehkan Chen Long memenangi set kedua dan ketiga. Oleh kerana Terbuka Malaysia antara kejohanan kelayakan Sukan Olimpik, dia akan kembali tahun depan dan berharap dapat berdepan dengan Lee Chong Wei.

Dalam pada itu, Chen Long yang juga pilihan pertama kejohanan, berkata dia berpuas hati dengan prestasinya kali ini, kerana sebelum ini dia sudah mempersiapkan diri berdepan apa jua kemungkinan apabila berdepan Lin Dan.

Pemaian berusia 26 tahun itu, juara dunia tahun lepas, menggunakan kelebihan untuk membawa pulang gelaran Terbuka Malaysia ke China selepas 17 tahun.

(sumber diubah suai daripada BERNAMA)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China