Cari:
Liow: Keputusan Siasatan dalam Tempoh Sebulan
2015-04-07 14:23:40 CRI Cetak

Keputusan awal siasatan nahas helikopter yang mengorbankan enam individu, termasuk Ahli Parlimen Rompin Allahyarham Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis, dijangka diumumkan dalam tempoh sebulan.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam berkata, laporan tersebut meliputi keseluruhan siasatan termasuk analisis kotak hitam dan siasatan di lapangan.

Beliau berkata, kotak hitam dihantar ke United Kingdom semalam untuk mendapatkan analisis data dan pengeluaran data mengambil masa antara tiga sehingga empat hari manakala analisis data kira-kira seminggu. Selain itu, semua serpihan helikopter itu dikumpulkan untuk siasatan sepenuhnya punca kemalangan.

Menurut Liow, siasatan terhadap nahas itu masih diteruskan di tempat kejadian bukan sahaja oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan badan penyiasat di bawah Kementerian Pengangkutan, malah oleh polis yang menemu ramah saksi-saksi.

(sumber Utusan Online Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China