Cari:
Malaysia Terajui Kerangka Dokumen ASEAN Pasca 2015
2015-04-07 14:24:52 CRI Cetak

Malaysia sedang menerajui proses merangka wawasan ASEAN pasca 2015 dalam usaha memantapkan dan memakmurkan Komuniti ASEAN.

Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan ASEAN Malaysia, Datuk Muhammad Shahrul Ikram Yaakob berkata, selaku pengerusi ASEAN 2015, Malaysia diberi penghormatan oleh negara-negara ASEAN untuk mengetuai kerangka tersebut.

Menurut beliau, satu pasukan petugas peringkat tinggi yang dianggotai semua negara ASEAN telah ditubuhkan untuk membincangkan perkara merangka dokumen pasca 2015 tersebut.

Dokumen pasca 2015 ini merupakan kesinambungan daripada pelan Halatuju Komuniti ASEAN 2009-2015, yang bakal menjadi panduan bagi Komuniti ASEAN untuk terus berkembang dan makmur dengan berlandaskan semangat kekitaan sebagai satu komuniti.

(sumber BERNAMA)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China