Cari:
Junta Thailand Kukuhkan Kuasa
2015-04-08 15:04:51 CRI Cetak

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Vishanu Krua-Ngam mempertahankan tindakan kerajaan junta yang perlu melaksanakan kuasa yang diberikan kerana dianggap selaras dengan Seksyen 44 Perlembagaan sementara, berikutan situasi di negara itu yang masih belum kembali normal.

Menurut beliau, pendekatan keselamatan yang merupakan sebahagian daripada Perlembagaan sementara Thailand itu, dilaksanakan selepas undang-undang tentera dibubarkan, dilihat akan membantu mengukuhkan kedudukan tentera dalam pentadbiran negara.

Undang-undang baharu itu akan berkuatkuasa bagi menangani sebarang tindakan yang dilihat mengancam keamanan dan ketenteraman serta keselamatan negara, selain melanggar arahan kerajaan junta.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China