Cari:
Dewan Rakyat Malaysia Luluskan POTA
2015-04-08 16:02:22 CRI Cetak

Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 diluluskan tanpa pindaan dengan kiraan 79 undi bersetuju dan 60 undi tidak bersetuju di Dewan Rakyat Malaysia awal pagi Selasa lalu, selepas dibahaskan lebih 10 jam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menggulung perbahasan rang undang-undang tersebut berkata, walaupun terdapat beberapa bantahan berhubung dengan beberapa fasal dalam rang undang-undang tersebut oleh pihak pembangkang, namun kekuatan solidariti yang ada pada ahli Parlimen memastikan kelulusan POTA dicapai demi kepen­tingan rakyat dan negara.

Menurut beliau, POTA yang dianggap tindakan pencegahan mampu memastikan rakyat dan keamanan negara tidak diganggu-gugat oleh kegiatan keganasan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China