Cari:
China Menyumbang kepada Komuniti ASEAN
2015-04-11 14:47:14 CRI Cetak

China berharap agar visi Komuniti ASEAN yang siap dibina pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan lancar.

Demikian dinyatakan Duta Besar China ke ASEAN, Yang Xiuping pada mesyuarat ke-16 Suruhanjaya Kerjasama Bersama China-ASEAN di Jakarta, Indonesia semalam.

Yang berkata, kita semua akan menyaksikan pewujudan Komuniti ASEAN pada tahun ini. Hal ini dianggap sebagai petanda yang signifikan dalam proses penyepaduan Asia. China sedia terus menghulurkan sokongan dan menyumbang kepada usaha membina Komuniti Berkongsi Masa Depan China-ASEAN yang lebih rapat.

Demi hubungan strategik kedua-dua pihak melonjak ke tahap yang lebih tinggi, China akan menjayakan aktiviti Tahun Kerjasama Maritim China-ASEAN dan menyiapkan penggubalan Pelan Tindakan China-ASEAN bagi tempoh 2016-2020.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China