Cari:
Timor Leste Sedia Sertai ASEAN
2015-04-11 14:48:40 CRI Cetak

Timor Leste sudah bersedia untuk menyertai ASEAN pada bila-bila masa.

Duta besar negara itu ke Malaysia, Jose Antonio Amorim Dias berkata, selepas mencapai kemerdekaan 13 tahun lepas, Timor Leste yakin dapat memenuhi kriteria sebagai anggota ASEAN, termasuk menyediakan sumber manusia mencukupi untuk menghadiri banyak mesyuarat ASEAN sepanjang tahun.

Menurut beliau, Timor Leste setakat ini telah sekurang-kurangnya memenuhi dua syarat utama bagi keanggotaan ASEAN, iaitu negara terletak dalam kawasan rantau ini dan ia telah membuka kedutaan di negara-negara anggota ASEAN.

Amorim Dias berharap sempena Sidang Kemuncak ke-26 ASEAN di Malaysia bulan ini, negara anggota akan mengambil langkah proaktif untuk memperlihatkan komitmen bagi menjadikan Timor Leste sebagai anggota ASEAN.

(sumber BERNAMA)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China