Cari:
ASEAN Perlu Fahami Ancaman Keselamatan Bukan Tradisional
2015-04-12 15:26:42 CRI Cetak

Masyarakat ASEAN, khususnya rakyat Malaysia, perlu memahami bahawa ancaman keselamatan bukan tradisional jika tidak ditangani dengan berkesan boleh menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara.

Pakar Geostrategis dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan berkata, adalah perlu bagi masyarakat di rantau ini memahami apa yang dikatakan ancaman keselamatan bukan tradisional ini, kerana ia banyak berlaku dalam kalangan mereka sendiri tanpa disedari. Ia boleh mengancam negara atau suasana setempat, malahan boleh menimbulkan konflik dalam hubungan antara negara.

Selain itu, Azmi berkata, peningkatan bilangan masyarakat Malaysia yang terlibat dalam kegiatan militan IS dan juga rakyat di beberapa negara ASEAN, hanya kerana terpengaruh dengan ideologi yang kononnya bertopengkan agama, juga membuktikan betapa ancaman keselamatan bukan tradisional ini mampu menjurus kepada gejala ekstremisme.

Menurutnya, di sinilah pentingnya negara-negara ASEAN bersatu mencari penyelesaian bagaimana mahu menyelesaikannya secara efektif, termasuklah dalam kaedah berkongsi maklumat risikan.

(sumber BERNAMA)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China