Cari:
Chong Wei Perlu Tunggu Tiga Minggu Lagi
2015-04-12 15:33:39 CRI Cetak

Bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dijangka mengetahui nasibnya berhubung kes doping dalam tempoh tiga minggu lagi.

Anggota Majlis Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Jadadish Chandra yang mengiringi jaguh badminton negara itu memberitahu Bernama bahawa prosiding kes yang didengar panel tiga anggota iaitu dua dari Eropah dan seorang dari India, mengambil masa kira-kira lapan jam di bilik Saturn Hotel Sheraton Lapangan Terbang Amsterdam, Belanda.

Proses pendengaran dipercayai diadakan kira-kira lapan jam bermula 9.25 pagi Sabtu lalu. Keputusan akan diumumkan dalam tiga minggu.

Chong Wei, 32, kini digantung oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas didapati positif menggunakan bahan terlarang itu ketika beraksi pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Ogos tahun lepas dan boleh digantung sehingga dua tahun jika didapati bersalah.

(sumber BERNAMA)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China