Cari:
Rumah Kediaman Lee Kuan Yew akan Diroboh
2015-04-13 16:59:40 CRI Cetak

Anak-anak mendiang mantan Perdana Menteri Singapura semalam mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan merobohkan rumah kediaman Lee Kuan Yew menurut surat wasiat mendiang.

Lee Hsien Yang dan Lee Wei Ling dalam kenyataan tersebut menyatakan bahawa Lee Kuan Yew telah membuat surat wasiat pada 17 Disember 2013 dan memberikan kuasa kepada mereka sebagai wasi.

Menurut surat wasiat tersebut, "Selepas kami meninggal dunia, rumah kediaman yang terletak di No.38 Jalan Oxley segera dirobohkan. Sekiranya anak perempuan kami, Lee Wei Ling ingin terus tinggal di sana, maka rumah tersebut akan segera dirobohkan selepas Lee Wei Ling berpindah." Menurut surat wasiat tersebut juga, sekiranya rumah kediaman itu tidak dapat dirobohkan kerana pindaan undang-undang atau peraturan yang lain, rumah berkenaan tidak akan dibuka kepada orang ramai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China