Cari:
Kapal Kargo Berlepas ke China
2015-04-14 14:18:23 CRI Cetak

Menurut Pejabat Konsul China di Cebu, Filipina, kapal kargo yang berlaku kes pembunuhan telah berlepas dan meneruskan perjalanan ke China semalam.

Sebuah kapal kargo yang bertolak dari Australia menuju ke China terpaksa berlabuh di Pulau Santa Cruz, Filipina ekoran berlakunya kes pembunuhan apabila melalui perairan Sulu pada 11 April lalu. Dua orang anak kapal China dibunuh, seorang cedera dan seorang lagi hilang.

Selepas kes itu berlaku, Konsul China telah bekerjasama dengan pihak Filipina untuk menyiasat kes tersebut.

Mayat dua orang anak kapal China telah dibawa balik, seorang lagi yang cedera sedang menerima rawatan di Filipina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China