Cari:
Hishammuddin: Tangani Kritikan dengan Bijaksana
2015-04-14 10:56:27 CRI Cetak

Suasana politik UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang pada ketika ini "kurang sihat", kerana kritikan keras Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, perlu ditangani dengan bijaksana.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, seandainya masalah yang melanda dapat diselesaikan dengan cara pertemuan empat mata antara Dr. Mahathir dengan Najib, langkah tersebut perlu dilaksanakan segera.

Pada masa yang sama, beliau menggesa semua pihak agar saling membantu dan membina kekuatan parti, bukannya mengambil langkah-langkah bertentangan sehingga menyebabkan perpecahan dalam UMNO yang akhirnya hanya menjejaskan kepemimpinan negara.

---Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China