Cari:
Chang Wanquan Temui Ng Chee Meng
2015-04-14 16:41:45 CRI Cetak

Menteri Pertahanan China, Chang Wanquan menemui Panglima Angkatan Bersenjata Singapura, Jeneral Ng Chee Meng di Beijing hari ini.

Chang berkata, perkembangan hubungan China dan Singapura menuju ke arah yang baik. China mengutamakan hubungan dengan Singapura dan menganggap Singapura sebagai rakan kerjasama yang penting. China bersedia untuk berusaha bersama-sama dengan Singapura untuk mempergiat interaksi dan kerjasama tentera kedua-dua buah negara dalam pelbagai bidang dan menggalakkan perkembangan hubungan ketenteraan yang mantap dan stabil.

Ng pula berkata, pihaknya mengutamakan hubungan persahabatan dan kerjasama dengan tentera China. Pihaknya bersedia untuk mempergiat interaksi dan kerjasama dengan China dan memberikan sumbangan demi keamanan dan kestabilan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China