Cari:
Najib Harap RMB Galakkan Pelaburan Ekonomi dan Perdagangan ASEAN
2015-04-15 15:45:55 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semalam, RMB sebagai mata wang yang stabil, pasti dapat menggalakkan perdagangan dan pelaburan ASEAN.

Najib berkata demikian menghadiri majlis pelancaran bank penjelasan RMB oleh Bank China di Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata, kedudukan RMB sebagai mata wang perdagangan global semakin mendapat persetujuan pelbagai negara. Penubuhan bank penjelasan RMB di Malaysia akan menggalakkan lagi hubungan dua hala Malaysia-China.

Najib berkata, sebagai rakan dagang penting bagi China, matlamat ASEAN untuk membina komuniti bersama akan tercapai pada tahun 2015. Selepas itu, RMB akan memainkan peranan penting dalam perdagangan dan pelaburan di rantau ASEAN. Malaysia berharap menjadi salah sebuah pusat penjelasan RMB luar pesisir dan mengurangkan kos urus niaga demi faedah China dan ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China