Cari:
Fang Fenghui Ditemui Ng Chee Meng
2015-04-15 13:43:11 CRI Cetak

Ketua Turus Agung Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China, Fang Fenghui mengadakan rundingan dengan Panglima Angkatan Bersenjata Singapura, Jeneral Ng Chee Meng di Beijing petang semalam. Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan ketenteraan kedua-dua negara dan isu yang menjadi perhatian bersama.

Fang berkata, China dan Singapura merupakan negara jiran yang bersahabat sejak sekian lama. Hubungan antara pasukan tentera kedua-dua negara adalah baik pada masa ini. China bersedia untuk berusaha bersama-sama dengan Singapura untuk melaksanakan persepakatan yang sedia ada, mengekalkan pertukaran lawatan pegawai peringkat tinggi, meningkatkan interaksi dan kerjasama, mempergiat kerjasama keselamatan maritim dan keselamatan multilateral, menangani pelbagai hubungan secara munasabah, dan memberikan sumbangan demi kemajuan hubungan dua hala serta keamanan dan kestabilan serantau.

Ng Chee Meng pula berkata, pihaknya mengalu-lukan dan menyokong pembangunan China. Singapura mengutamakan hubungan dengan China dan bersedia untuk menggalakkan hubungan tentera kedua-dua negara melonjak ke satu tahap yang lebih tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China