Cari:
Guangdong Giatkan Kesalinghubungan Pelabuhan dengan Thailand
2015-04-16 10:59:44 CRI Cetak

Jabatan Komunikasi dan Pengangkutan provinsi Guangdong, China akan membuat persiapan bagi menjalinkan hubungan persahabatan antara Pelabuhan Guangzhou dengan Pelabuhan Laem Chabang, Thailand, untuk meningkatkan kesalinghubungan pelabuhan kedua-dua pihak.

Naib Ketua jabatan tersebut, Liu Xiaohua, dan Timbalan Pengarah Lembaga Pelabuhan Thailand, Kamolsak Promprayoon yang dalam rangka lawatan ke Guangdong telah memeterai perjanjian persahabatan tersebut.

Menurut Promprayoon, kedua-dua pihak akan memulakan kerjasama logistik pengangkutan kargo untuk memberikan perkhidmatan import, eksport dan entrepot kepada Guangdong dan Thailand.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China