Cari:
Operasi Mencari MH370 Diteruskan
2015-04-17 11:22:45 CRI Cetak

Mesyuarat Peringkat Menteri kali ke-3 Malaysia, Australia dan China yang diadakan di Kuala Lumpur semalam memutuskan akan terus menjalankan operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Sekiranya bangkai pesawat tersebut gagal ditemukan di kawasan pencarian yang sedia ditetapkan, maka kawasan pencarian akan diperluas.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato' Sri Liow Tiong Lai, dan turut dihadiri oleh Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Tempatan Australia, Warren Truss, dan Menteri Komunikasi dan Pengangkutan China, Yang Chuantang.

Mesyuarat tersebut turut mengeluarkan kenyataan bersama yang menyanjung tinggi sumbangan besar masyarakat antarabangsa dalam operasi mencari pesawat itu dalam setahun lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China