Cari:
Semangat Bandung Signifikan
2015-04-21 13:07:24 CRI Cetak

Mesyuarat Peringkat Menteri Persidangan Asia-Afrika (AAC) diadakan di Jakarta semalam sebagai persiapan untuk Sidang Kemuncak Asia-Afrika dan upacara memperingati ulang tahun ke-60 Persidangan Bandung.

Naib Menteri Luar China, Liu Zhenming ketika berucap dalam mesyuarat tersebut berkata, penganjuran upacara memperingati ulang tahun ke-60 Persidangan Bandung amat bermakna bagi menggalakkan kerjasama dan perpaduan antara Asia dan Afrika, serta pembentukan hubungan antarabangsa model baharu yang berorientasikan kerjasama dan muafakat bestari.

Menurut beliau, semangat Bandung yang mengutamakan perpaduan, persahabatan dan kerjasama sudah berakar umbi dalam kalangan rakyat negara-negara Asia dan Afrika, manakala 10 prinsip yang disarankan Persidangan Bandung menjadi panduan kepada negara-negara tersebut dalam mengendalikan hubungan antarabangsa. Semangat ini tidak pernah pudar walaupun situasi antarabangsa serta kedudukan dan peranan negara-negara Asia dan Afrika telah mengalami perubahan yang besar dalam tempoh 60 tahun lalu.

Tambah beliau, semangat Bandung tetap mempunyai makna yang penting dalam memajukan perkongsian strategik model baharu Asia-Afrika, kerjasama Selatan-Selatan, serta mendorong kedamaian dan kemakmuran dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China