Cari:
Ucapan Presiden Xi Disambut Baik
2015-04-23 13:55:39 CRI Cetak

Ucapan Presiden China, Xi Jinping, pada perasmian Sidang Kemuncak Asia-Afrika (AAS) di Jakarta, Indonesia Rabu lalu mendapat pujian pakar-pakar dari seberang laut.

Mantan Setiausaha Politik, Perdana Menteri Malaysia yang juga profesor di Universiti Teknologi Nanyang Singapura, Dr Oh Ei Sun menyatakan bahawa Semangat Bandung yang ditekankan Presiden Xi, iaitu saling menghormati antara negara-negara, sangat signifikan pada zaman ini. Campur tangan dalam hal-ehwal negara lain tidak sepatutnya berlaku dan kekerasan pula tidak berfaedah bagi menyelesaikan persengketaan. Rundingan yang ikhlas adalah pendekatan yang paling berkesan dalam menyelesaikan pertikaian.

Dalam pada itu, Tang Zhimin, pengarah Pusat Pengajian China-ASEAN di bawah Institut Pengurusan Panyapiwat Thailand berpendapat, ucapan Presiden Xi menandakan kerjasama Asia-Afrika telah memasuki era baharu, iaitu diperluas daripada bantuan China, kegiatan ekonomi dan perdagangan dua hala dan pelbagai hala kepada pembangunan secara sistematik yang merangkumi projek pembinaan laluan darat dan laut yang menghubungkan Asia-Afrika serta pembentukan sistem yang berkaitan bagi menggalakkan perdagangan dan pelaburan antara negara-negara berkenaan.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China