Cari:
China, Indonesia Komited Kurangkan NTB
2015-04-23 14:00:00 CRI Cetak

China dan Indonesia bersetuju memperkasakan kerjasama dalam perdagangan barangan dengan menandatangani Perjanjian Saling Pengiktirafan (MRA) Pemeriksaan dan Kuarantin Produk Buah dan Sayur.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan kedua-dua negara itu di Indonesia semalam berbunyi, Beijing dan Jakarta bersetuju untuk mengurangkan halangan perdagangan termasuk halangan bukan tarif (NTB), sekali gus meningkatkan interaksi antara jabatan perdagangan kedua-dua negara.

Selain itu, kedua-dua pihak juga akan berusaha mewujudkan matlamat nilai perdagangan dua hala mencecah USD 150 bilion menjelang tahun 2020. China bersedia meningkatkan akses pasaran untuk barangan Indonesia, di samping menggalakkan syarikat China melabur di Indonesia. Dalam pada itu, Indonesia juga berjanji akan mempercepat penggubalan dasar berkaitan dan membaiki suasana pelaburan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China