China dan Indonesia diharap dapat mengekalkan hubungan sedia ada pada semua peringkat, mempercepat pelaksanaan perjanjian yang telah dicapai, menyelaraskan strategi pembangunan kedua-dua negara, mewujudkan keseimbangan perdagangan melalui pendekatan komprehensif, sekali gus memperkasakan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang.
Presiden China, Xi Jinping menyuarakan harapan tersebut ketika menemui rakan sejawatnya dari Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) di Jakarta semalam.
Xi berkata, China menggalakkan penglibatan lebih banyak syarikatnya dalam projek pembinaan dan pengelolaan infrastruktur di Indonesia. Kedua-dua negara sepatutnya mengintensifkan kerjasama dalam beberapa organisasi pelbagai hala, termasuk PBB, APEC dan Kumpulan 20 (G20), serta mengukuhkan penyelarasan dalam isu-isu global, seperti perubahan iklim serta keselamatan sumber tenaga dan makanan.
Jokowi membalas, Indonesia berharap dapat memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang dengan China, dan sedia mengkaji lebih lanjut peluang kerjasama yang dibawa oleh inisiatif "Jalan Sutera Maritim Abad ke-21" China serta strategi pembangunan baharu Indonesia.