Cari:
Presiden Xi Laungkan Hasrat Asia dan Afrika
2015-04-23 16:14:32 CRI Cetak

Media asing menyifatkan suara Asia dan Afrika yang dilaungkan menerusi ucapan Presiden China, Xi Jinping yang meminta negara maju membantu negara membangun tanpa sebarang syarat politik, di samping membina orde antarabangsa yang lebih saksama dan munasabah, kedengaran agak lantang dalam Sidang Kemuncak Asia-Afrika (AAS) di Jakarta, Indonesia semalam.

Akhbar AS Wall Street Journal melaporkan, Presiden Xi komited untuk memansuhkan tarif bagi 97 peratus produk dari negara-negara paling mundur yang sudah menjalinkan hubungan diplomatik dengan China, di samping mempergiat inisiatif "Satu Jalur, Satu Laluan" dan penubuhan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) bagi mengukuhkan kerjasama Selatan-Selatan dan Selatan-Utara.

Reuter berkata, pembentukan hubungan antarabangsa model baharu yang berteraskan kerjasama saling menguntungkan seperti yang disarankan Presiden Xi akan mencipta suasana yang kondusif bagi pembangunan negara-negara membangun.

Agensi Berita Kyoto Jepun beranggapan, saranan Xi tersebut telah memperlihatkan hasrat Asia dan Afrika.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China