Cari:
Sidang Kemuncak Asia-Afrika Berakhir
2015-04-24 10:09:17 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Asia-Afrika(AAC) berakhir di Jakarta semalam.

Presiden Indonesia, Joko Widodo ketika berucap pada majlis penutupan sidang kemuncak itu berkata, pemimpin pelbagai negara dalam sidang kemucak kali ini telah mencapai konsensus mengenai pelbagai isu yang penting termasuk menubuhkan pusat menjaga keamanan bagi rantau Asia dan Afrika, bekerjasama membanteras kumpulan pelampau dan pengganas, menjadikan perdagangan dan pelaburan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan serantau, membentuk sistem perdagangan multilateral yang inklusif dan adil dan mengetengahkan kerjasama maritim sebagai salah sebuah tunggak dalam hubungan perkongsian strategik model baharu Asia-Afrika.

Tiga dokumen penting yang dibincangkan dalam sidang kemuncak kali ini ialah "Mesej Bandung 2015", "Deklarasi Kebangkitan Semula Hubungan Perkongsian Strategik Model Baharu Asia-Afrika" dan "Deklarasi Palestin."

Selain itu, pelbagai pihak yang menyertai sidang kemuncak kali ini juga bersetuju untuk menetapkan 24 April sebagai Hari Asia-Afrika, dan memilih kota Bandung sebagai "Ibu Kota Perpaduan Asia-Afrika", selain menyokong penubuhan Pusat Asia-Afrika di Indonesia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China