Cari:
Menteri Luar Malaysia: Kerjasama ASEAN-China Berfaedah kepada Pembangunan Serantau
2015-04-26 15:43:30 CRI Cetak

Hubungan kerjasama yang baik antara ASEAN dan China berfaedah kepada pembangunan serantau. Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman ketika diwawancara wartawan Agensi Berita Xinhua China baru-baru ini.

Kata beliau, hubungan antara ASEAN dan China terus meningkat dari semasa ke semasa sejak terjalinnya hubungan rakan strategik yang berorientasikan kedamaian dan kemakmuran. ASEAN dan China kini antara seberapa pemangkin pertumbuhan ekonomi, sedangkan ekonomi dunia masih menghadapi faktor tidak menentu pada masa ini.

Tambah Menteri Luar Malaysia itu, Malaysia mengalu-alukan penubuhan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia(AIIB). Pembinaan infrastruktur masih perlu dilakukan di rantau ASEAN bagi merealisasikan kesalinghubungan antara pelbagai negara. AIIB yang menyasarkan usaha mempercepat pembinaan infrastruktur yang penting bakal menerajui kemakmuran dan pembangunan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China