Cari:
Singapura Sedia Hantar Pasukan Penyelamat ke Nepal
2015-04-27 14:18:44 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kerajaan Singapura menyampaikan ucapan takziah kepada anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam gempa bumi Nepal dan rakyat negara itu pada 25 April lalu. Singapura akan sedaya upaya membantu dalam operasi menyelamat. Setakat malam 25 April lalu, tiada warga Singapura yang dilaporkan cedera.

Pada hari yang sama, Kementerian Luar Singapura telah mengeluarkan perutusan bahawa Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong telah mewakili kerajaan Singapura mengutus kawat simpati kepada Perdana Menteri Nepal, Sushil Koirala dan menyatakan Singapura sedang bersiap sedia untuk menghulurkan bantuan.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Singapura, Teo Chee Hean pula berkata, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan menghantar satu pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada 55 anggota ke kawasan bencana Nepal.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China