Cari:
Pelaburan EU di ASEAN Catat USD 94 Bilion
2015-04-27 13:58:50 CRI Cetak

Perundingan Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN-Kesatuan Eropah (EU) ke-13 yang diadakan bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 telah berlangsung di Kuala Lumpur semalam.

Menteri Perdagangan dan Industri Malaysia, Datuk Mustapa Mohamad mendedahkan bahawa integrasi perdagangan ASEAN telah memberikan impak yang mendalam kepada ekonomi sejagat. ASEAN yang mempunyai populasi sebanyak lebih 600 juta orang dan kaya dengan sumber alam telah berkembang menjadi entiti ekonomi perdagangan ketujuh terbesar di dunia pada tahun 2013. Beliau menjelaskan juga bahawa pada tahun 2010 hingga 2013, pelaburan EU di ASEAN telah mencatat USD 94 bilion(RM 334.78 bilion), merupakan 22% daripada jumlah pelaburan di ASEAN.

Oleh itu, EU telah menjadi rakan perdagangan kedua terbesar bagi ASEAN, manakala ASEAN merupakan rakan perdagangan ketiga terbesar bagi EU. Daripada angka berkenaan, jumlah perdagangan bilateral pada tahun 2014 mencatat USD 248.2 bilion(RM883.96 bilion), meningkat 0.8% berbanding tahun 2013. Menurut jangkaan, pelaburan terus EU di ASEAN pada tahun 2014 akan meningkat 30.5% dengan USD 29 bilion(RM103.28 bilion) berbanding dengan tempoh yang sama tahun 2013.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China