Cari:
ASEAN Janji Hulurkan Bantuan dan Sokongan
2015-04-28 14:55:39 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Sepuluh negara anggota ASEAN akan menghulurkan bantuan dan sokongan kepada negara yang terjejas akibat gempa bumi yang dahsyat pada 25 April lalu.

Demikian diumumkan dalam kenyataan bersama sepuluh Menteri Luar negara anggota ASEAN dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 yang diadakan di Kuala Lumpur pada 27 April lalu.

Menurut kenyataan tersebut, negara ASEAN berasa kesal dan duka cita dengan bencana yang telah banyak mengorbankan nyawa, menyebabkan kerugian harta benda dan kemusnahan pelbagai artifak dan tinggalan sejarah di Nepal, India dan Bangladesh ekoran gempa bumi tersebut, serta menyampaikan rasa simpati kepada kerajaan ketiga-tiga negara dan anggota keluarga mangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China