Cari:
ASEAN Galakkan Integrasi
2015-04-29 15:58:42 CRI Cetak

Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 mengeluarkan Kenyataan Pengerusi di Langkawi Malaysia semalam dengan menegaskan ASEAN akan mempercepat proses integrasi dan komited kepada pembangunan ASEAN yang berorentasikan rakyat.

Kenyataan tersebut menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin negara ASEAN sama sekali bersetuju dengan lapan keutamaan yang dikemukakan oleh Malaysia, selaku negara pengerusi bergilir ASEAN, antaranya termasuk menubuhkan Komuniti ASEAN secara rasmi menjelang penghujung tahun 2015 selepas mewujudkan visi Komuniti ASEAN, mendekatkan ASEAN dengan rakyat, menggalakkan perkembangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), memperluas perdagangan dan pelaburan dalam rantau ASEAN, memperkukuh pembinaan mekanisme ASEAN, menerima pakai Deklarasi ASEAN mengenai Pergerakan kesederhanaan Global demi memelihara kedamaian dan keselamatan serantau dan mengeratkan hubungan antara negara-negara ASEAN dengan negara lain.

Kenyataan tersebut menyatakan bahawa ASEAN berjaya melaksanakan 90.5 peratus langkah-langkah penyatuan dalam usaha merealisasikan Komuniti Ekonomi ASEAN(AEC) setakat ini dan komuniti itu akan selesai dibina menjelang penghujung tahun ini.

Kenyataan tersebut juga menegaskan dalam usaha mengatasi cabaran serantau dan antarabangsa, negara anggota ASEAN akan terus meningkatkan kerjasama dan komited untuk membangunkan ASEAN sebagai komuniti yang bersatu padu dalam bidang politik dan ekonomi serta bertanggungjawab terhadap masyarakat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China