Cari:
Satu Jalur, Satu Laluan Galakkan Pelaburan China di ASEAN
2015-04-29 17:14:06 CRI Cetak
Seminar Pelaburan Asia Timur telah dirasmikan di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China semalam. Wakil-wakil perindustrian dan perniagaan dari negara-negara ASEAN, Jepun dan Republik Korea menghadiri seminar itu dan kebanyakan mereka menganggap bahawa pembangunan "Satu Jalur,Satu Laluan" akan merangsang pelaburan syarikat China di ASEAN.

Naib Pengerusi Jawatankuasa China Majlis Perdagangan Asia Timur, Tong Youjun menganggap bahawa melalui pelaburan di ASEAN, syarikat China dapat memasuki pasaran yang mempunyai sekatan perdagangan terhadap China dengan kos yang lebih rendah. Perkara ini akan menyebabkan kerjasama China-ASEAN dalam bidang ekonomi dan perdagangan meningkat sekali ganda.

Naib Pengerusi Kumpulan China Persekutuan Perniagaan Singapura, Zhang Zhijian, menganggap pembangunan "Satu Jalur, Satu Laluan" akan menggalakkan syarikat China melabur di ASEAN berikutan banyak peluang besar yang disediakan kerana ASEAN amat memerlukan pembinaan infrastruktur.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China