Cari:
China Bantah Projek Pembinaan Filipina dan Vietnam di Pulau Nansha
2015-04-30 14:13:27 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China melahirkan kebimbangan dan dengan tegasnya membantah tindakan Filipina dan Vietnam melaksanakan projek penebusgunaan tanah dan pembinaan pangkalan tentera di pulau dan terumpu Nansha China yang diduduki secara haram. Negara-negara tersebut digesa segera menghentikan projek tersebut dan mengelakkan tindakan yang mencabuli hak kedaulatan dan kepentingan China.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei menyatakan demikian dalam sidang media semalam di Beijing.

Hong berkata, China telah menyatakan pendirian tegas terhadap Kenyataan Pengerusi oleh Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 pada 28 April lalu. China menentang Filipina dan Vietnam serta beberapa negara anggota ASEAN membina pelbagai infrastruktur seperti lapangan terbang, bahkan menempatkan peluru berpandu di pulau dan terumbu Nansha.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China