Cari:
AEC akan Lebih Berjaya Melalui Kerjasama Universiti ASEAN
2015-04-30 14:30:46 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Pelaksanaan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) akan lebih berjaya melalui kerjasama universiti di negara ASEAN bagi melahirkan modal insan yang kompeten dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Demikian titah Raja Muda Perlis Malaysia, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada sambutan 'Dies Natalis' (ulang tahun) pertama Universitas Ubudiyah Indonesis (UUI) semalam.

Baginda bertitah, AEC dijangka menghadapi cabaran lebih mendesak untuk mendapatkan tenaga kerja berpendidikan tinggi, cekap dan mahir menjelang akhir tahun ini. Keperluan ini adalah cabaran utama AEC apabila ASEAN menjadi satu kesatuan wilayah ekonomi menyebabkan pergerakan manusia dan aliran barang tidak lagi dibatasi oleh peraturan negara sendiri. Dalam hal ini, universiti mempunyai peranan memecahkan kekangan yang menyekat kejayaan AEC.

Titah baginda lagi, Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) melaporkan bahawa AEC bakal mewujudkan 14 juta peluang pekerjaan baharu atau kenaikan 41 peratus menjelang akhir 2015.

(sumber dari BERNAMA Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China