Cari:
Hukuman Mati Banduan Filipina Ditangguhkan
2015-04-30 14:11:54 CRI Cetak

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), semalam menyatakan bahawa banduan dari Filipina yang sepatutnya menjalani hukuman mati pada awal pagi semalam telah ditangguhkan, namun keputusan hukuman mati itu tidak dibatalkan. Beliau menyatakan bahawa hukuman ke atas banduan, Mary Jane Veloso, ditangguhkan pada saat-saat akhir berikutan seorang wanita telah menyerahkan diri kepada pihak berkuasa Filipina dan mengaku bertanggungjawab memperdaya Mary Jane dan dijadikan keldai dadah tanpa pengetahuannya.

Jokowi berkata, pihaknya memutuskan untuk menangguh hukuman terhadap warta Filipina tersebut setelah menerima maklumat daripada kerajaan Filipina mengenai kes yang melibatkan penyeludupan warga tempatan.

Polis Indonesia menyatakan kesediaan untuk membantu Filipina menyiasat kes tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China