Cari:
MAS Teruskan Komitmen kepada Keluarga Mangsa
2015-04-30 14:13:53 CRI Cetak

Malaysia Airlines meneruskan komitmennya untuk membantu waris terdekat penumpang MH370 walaupun telah menutup Pusat Komunikasi dan Sokongan Keluarga MH370 di Beijing dan enam wilayah lain di China semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan syarikat penerbangan itu semalam, seperti yang telah dimaklumkan kepada anggota keluarga, Malaysia Airlines akan terus menyampaikan maklumat dan mengekalkan komunikasi dengan waris melalui beberapa platform.

Menurut MAS, MAS telah menyediakan talian penting dan e-mel untuk waris menghubungi Malaysia Airlines bagi pertanyaan perkara am dan ganti rugi.

Laman web rasmi MH370 di http://www.mh370.gov.my juga menyediakan perkembangan terkini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China