Cari:
Laos Kurniakan Pingat kepada China
2015-05-01 11:40:18 CRI Cetak

Kerajaan Laos mengurniakan pingat kepada kerajaan China sebagai tanda terima kasih atas sumbangan China dalam pembangunan infrastruktur negara itu.

Dalam upacara yang diadakan kerajaan Laos di Vientian semalam, pingat tersebut disampaikan oleh Menteri Projek Awam dan Pengangkutan Laos, Bounchan Sinthavong yang mewakili kerajaan Laos kepada Duta Besar China ke Laos, Guan Huabing. Bounchan Sinthavong menyanjung tinggi projek jambatan Houayxay-Chiang yang merentasi Sungai Mekong yang dibina dengan bantuan kerajaan China.

Guan Huabing menyatakan bahawa mempercepat pembangunan serantau adalah hasrat rakyat serantau. Gagasan pembangunan "Satu Jalur, Satu Laluan" China telah mendapat sambutan dan sokongan negara di sepanjang laluan tersebut termasuk kerajaan Laos. Kedua-dua negara kini sama-sama menggalakkan pembangunan "Satu Jalur, Satu Laluan" yang akan menyediakan peluang baharu kepada kedua-dua pihak bagi meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China