Cari:
Malaysia Lindungi Keharmonian Pelbagai Agama
2015-05-04 11:43:22 CRI Cetak

Kerajaan Malaysia akan terus melakukan apa-apa saja bagi melindungi keharmonian pelbagai agama di negara ini daripada sebarang ancaman pelampau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata demikian dalam perutusan sempena Hari Wesak yang disambut penganut agama Buddha pada 3 Mei lalu.

Najib berkata, kepelbagaian agama dan bangsa di Malaysia adalah sebahagian daripada kekuatan negara ini. Prinsip perkongsian dalam agama Buddha adalah sejajar dengan falsafah kesederhanaan kerajaan, selain diamalkan dalam kehidupan seharian rakyat di Malaysia.

Menurut beliau, keharmonian ini akan terus menjadi aset negara yang paling berharga dan sumber kebanggaan serta perpaduan kepada semua.

(sumber diubah suai daripada http://www.bharian.com.my/node/52384)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China